Anda tidak tahu apa sebenarnya forex itu? Forex berasal dari singkatan Foreign Exchange dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud Tukaran Matawang Asing dalam Bahasa Malaysia. Secara ringkasnya Forex adalah pasaran matawang dunia dimana matawang dibeli dan dijual oleh saudagar-saudagar Forex dan bank-bank seluruh dunia.
Forex merupakan suatu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jumlah dagangan harian yang melebihi 2.5 Trillion U.S Dollar sehari berbanding Bursa Saham New York(NYSE) yang cuma 25 Billion U.S Dollar sehari yang mana pasaran forex ini dibuka 24 jam sehari 5 hari seminggu. Dapatkah anda bayangkan betapa besarnya pasaran Forex ini?
[Back]